Arwah Achik SPIN pernah berkata: Betapa sayangnya dia pada isterinya: tasya...dia cakap: dia sanggup bagi nyawanya kepada Tasya kalau boley...begitu juga dengan anak2nya..arwah mmg seorang ayah yang baik, bertanggungjawab, penyayang terhadap keluarganya.....bertuahnya Tasya dapat memiliki Achik, kasih sayangnya...walaupOn untuk seketika....tapi, sayang........Allah lebih menyayangi insan yang bernama; ABDILLAH MURAD B. MD SHARI...perginya ketika arwah masih muda, ketika isteri dan anak-anaknya yang comel amat dahagakan kasih dan sayang, amat memerlukan dirinya.......kuasa Allah...kita semua kena redha...itulah janji ACHIK SPIN dengan penciptaNYA........Siapa sangka,,, arwah yang sebelum berkahwin dulu, seorang anak muda yang periang,kebudak-budakan... terus berubah menjadi seorang suami yang bertanggungjawab apabila berkahwin...menjadi lebih penyayang, bertanggungjawab terhadap rumahtangganya, tiada gossip2 liar mengenainya dirinya sepanjang penglibatannya dalam dunia hiburan....arwah memang seorang anak muda yang berbakat besar, mempunyai suara yang lunak dan merdu....arwah pandai menjaga personalitinya sebagai seorang artist...arwah hanya memperjuangkan bakat yang dianugerahkan oleh Allah..bukan sekadar mencari publisiti murahan...
Ini terbukti.............., hampir 40 buah lagu2 nyanyian arwah bersama SPIN, mahupun duet bersama Nana, semua lagu2 arwah memang sedap gemersik serta syahdu...meninggalkan kesan yang mendalam bila dengar lagu2 dendangan arwah.... dan...hingga kini,.. saya sedikit POn xpernah jemu dengarkan lagu2 merdu dendangan arwah dengan penghayatan yang cukup baik oleh arwah, ditambah pula dengan suara arwah yang memang unik, lunak merdu.....Achik SPIN pergi meninggalkan kita semua dengan kenangan yang cukup indah....Yang tinggal hanyalah lagu2 merdu dendangan arwah yang mampu mengubati rindu kita semua pada arwah....
Ni la lagu terakhir yang telah arwah dendangkan semasa program di TV2 - Program HITS 1....sedap betul suara arwah menyanyi waktu tu... samada dalam CD mahu pon secara life...sama jer...lagu ni POn ditujukan khas buat isterinya yang tercinta: TASYA....semoga Tasya tabah dan sabar dengan ketentuan ilahi.......dan semoga arwah aman, tenang disana, dan ditempatkan oleh Allah dikalangan orang yang beriman...AMINNN...
Sedey tengok pic ni..moga isteri Achik, Tasya tabah menghadapi ketetapan ilahi.....gambar ni sewaktu achik dan tasya memohon doa dipusara anak sulung mereka, PUTRI RANIA yang meninggal dunia kerana demam panas... itu 3 tahun lepas, kalau xsilap tahun 2007...Tapi....siapa sangka dan tiada siapa juga akan menduga apa yang berlaku selepas itu..... kuasa Allah tiada siapa pun mampu menahannya....pada 17/04/2010, achik telah pergi buat selamanya, menemui penciptanya....dan pusara achik disebelah anak kesayangannya, Putri Rania....
Putri Rania, Arwah Achik...damailah kalian berdua disana...Bersemadilah dengan tenang....kami semua, peminat setiamu, akan sentiasa mendoakan kalian berdua..AMINN....